? ??????????????Taste Me? ????? ?? ???Rating: 3.6 (7 Ratings)??209 Grabs Today. 3078 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Simple Elegance? ????? ?? ???Rating: 4.4 (17 Ratings)??208 Grabs Today. 5916 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Ea BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 1, 2010

Buku Pilihan Untuk Bulan April yang Pertama (1)


Tajuk : Helang dan Kura-Kura


Penterjemah : Azwani Abdul Ghani

Diterbit oleh : Kohwai & Young Publication (Malaysia) Sdn Bhd


Helang gemar memenuhi masanya terbang di langit dan kura-kura gemar tinggal di bumi.


Suatu hari, helang terbang turun untuk menemui kura-kura. Dia banyak mendengar tentang kura-kura yang baik hati itu.


Kura-kura yang peramah itu menjemput helang ke rumahnya. Dia memberikan ikan yang enak untuk hidangan tengah hari helang.


Helang datang lagi keesokkannya...dan pada hari berikutnya! Setiap hari, kura-kura memberinya seekor lagi ikan.


Helang ketawa ketika memberitahu kawan-kawannya, "Aku bertuah kerana kura-kura tidak boleh terbang ke sarangku untuk makan tengah hari!"


Seekor katak kecil terdengar apa yang dikatakan helang dan dia melompot ke kolam untuk memberitahu kura-kura.


"Helang itu tidak bersikap adil terhadap kamu!" kata katak kepada kura-kura. Kura-kura bercadang untuk menjadikan semuanya lebih adil.


Apabila dia berjumpa helang esoknya, dia berkata, "Nah, aku masakkan sedikit makanan untuk seluruh keluarga kamu."


Apabila helang tidak melihat, kura-kura merangkak masuk ke dalam bakul. Helang terbang pulang bersama-sama bakul itu.


Apabila helang tiba di sarangnya, dia terkejut mendapati kura-kura di dalam bakul.


"Kejutan!" kata kura-kura. Tapi helang menjadi marah. "Sekarang, aku akan makan kamu untuk hidangan lewat malam!" dia menggugut.


Kura-kura menyorokkan diri di dalam cangkerangnya. Paruh helang cedera sewaktu mematuk cangkerang yang keras itu.


Helang cuba menjatuhkannya ke atas batu-batu, tapi kura-kura memaut kaki helang dengan mulutnya.


Helang tidak ada pilihan selain membawa kura-kura pulang ke kolamnya. Dia tidak mengganggu kura-kura lagi!.


Moral :

Jangan ambil kesempatan terhadap kebaikan dan kemurahan hati orang lain.

0 comments: