? ??????????????Taste Me? ????? ?? ???Rating: 3.6 (7 Ratings)??209 Grabs Today. 3078 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Simple Elegance? ????? ?? ???Rating: 4.4 (17 Ratings)??208 Grabs Today. 5916 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Ea BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, April 11, 2010

Selamat Datang


Selamat Datang


::Penilaian dan Pemilihan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak 2010::


Hakim Penilai :
1. Cik Norliah bt Abdullah
2. Pn. Fairuziah bt Ghazali


Tujuan Penilaian :
--> Meningkatkan tahap pengurusan dan penggunaan PSS.

--> Menjadikannya sebagai nadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tuesday, April 6, 2010

Teknik Membaca KWLH




KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;


K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)


W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)


L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)


H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)


Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;mengingat dahulu apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukanmenentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).


Teknik pembacaan akan membolehkan pelajarmengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibacamenentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.




Sunday, April 4, 2010

Buku Pilihan Bulan April (3)


Tajuk : Tikus Bandar dan Tikus Kampung

Penterjemah : Azwani Abdul Ghani

Diterbit oleh : Kohwai & Young Publications (Malaysia) Sdn Bhd


Yang manakah lebih baik?? Hidup di kampung yang aman atau di bandar yang hiruk-pikuk? Ikuti apa pendapat dua tikus bersahabat apabila mereka membandingkan cara kehidupan masing-masing.


Moral :
Bersyukurlah dengan apa yang ada asalkan selamat sejahtera.

Buku Pilihan Ke-2 Bulan April


Title : The Story of Chicken Licken


Adapted : Lynn Mott

Edited : Bob William

Published : Kohwai & Young Publication Sdn Bhd


This lovely story tells of a little chick who wants to tell the king that the sky is falling. On the way, she meets other animals and they decide to go with her to see the king. Before long, they mmet a sly fox who says that he knows a short cut - but what he really is to have them for his animal.

Saturday, April 3, 2010

Kemahiran Membaca


Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah rendah dan menengah.


Membaca membawa pengertian yang pelbagai kepada aktiviti berfikir.


Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman.

Kennedy (1981):
"Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan bacaan."


Bush dan Geubner (1975):
"Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."



Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda.


Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak yang bertindak memproses bahan bacaan.

Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi.


Thorndike (1917) :

"Membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut.

Thursday, April 1, 2010

Sesi Pembelajaran Nilam







Buku Pilihan Untuk Bulan April yang Pertama (1)


Tajuk : Helang dan Kura-Kura


Penterjemah : Azwani Abdul Ghani

Diterbit oleh : Kohwai & Young Publication (Malaysia) Sdn Bhd


Helang gemar memenuhi masanya terbang di langit dan kura-kura gemar tinggal di bumi.


Suatu hari, helang terbang turun untuk menemui kura-kura. Dia banyak mendengar tentang kura-kura yang baik hati itu.


Kura-kura yang peramah itu menjemput helang ke rumahnya. Dia memberikan ikan yang enak untuk hidangan tengah hari helang.


Helang datang lagi keesokkannya...dan pada hari berikutnya! Setiap hari, kura-kura memberinya seekor lagi ikan.


Helang ketawa ketika memberitahu kawan-kawannya, "Aku bertuah kerana kura-kura tidak boleh terbang ke sarangku untuk makan tengah hari!"


Seekor katak kecil terdengar apa yang dikatakan helang dan dia melompot ke kolam untuk memberitahu kura-kura.


"Helang itu tidak bersikap adil terhadap kamu!" kata katak kepada kura-kura. Kura-kura bercadang untuk menjadikan semuanya lebih adil.


Apabila dia berjumpa helang esoknya, dia berkata, "Nah, aku masakkan sedikit makanan untuk seluruh keluarga kamu."


Apabila helang tidak melihat, kura-kura merangkak masuk ke dalam bakul. Helang terbang pulang bersama-sama bakul itu.


Apabila helang tiba di sarangnya, dia terkejut mendapati kura-kura di dalam bakul.


"Kejutan!" kata kura-kura. Tapi helang menjadi marah. "Sekarang, aku akan makan kamu untuk hidangan lewat malam!" dia menggugut.


Kura-kura menyorokkan diri di dalam cangkerangnya. Paruh helang cedera sewaktu mematuk cangkerang yang keras itu.


Helang cuba menjatuhkannya ke atas batu-batu, tapi kura-kura memaut kaki helang dengan mulutnya.


Helang tidak ada pilihan selain membawa kura-kura pulang ke kolamnya. Dia tidak mengganggu kura-kura lagi!.


Moral :

Jangan ambil kesempatan terhadap kebaikan dan kemurahan hati orang lain.